Download Film "Syukur 21"

|0 comments

"Sama-samalah kita penghuni dunia menuju ke arah mencapai kesejahteraan dan corak kehidupan yang indah serta penuh kasih sayang di abad ke-21"

Itulah beberapa bait kalimat yang tersirna dari film garapan Metrowealth, Malaysia. Dengan peran utama, RAIHAN yang terdiri dari Nazrey, Che Amran, Azhari, Abu Bakar cerita diangkat dengan balutan nafas Islami.

Bersetingkan tahun 2021, dimana tak ada lagi perbedaan lagi antara golongan sosial (semuanya telah makmur) seorang pria bernama Kamal beserta anaknya Daniel, tiba di Malaysia yang sudah ditinggalnya selama 30 tahun. Sang pakar multimedia ini sangat heran saat mengetahui budaya kemanusiaan yang masih kental walau masyarakat Malaysia telah bertekhnologi canggih.

Tersebutlah Raudah, sebuah organisasi yang memiliki tekhnologi level tinggi yang memiliki fasilitas lengkap (perumahan, rekreasi, perniagaan, mall hingga universitas). Disanalah kini kamal bekerja (bertemu pula dengan ibu kandungnya).

Konflik dimulai saat Lili, salah seorang penghuni Raudah terkecoh oleh beberapa oknum yang berniat untuk menghancurkan nama baik Kamal. Ketakseimbangan tekhnologi yang sedang dijalankan menyebabkan sistem cuaca yang tak menentu, dan mendatangkan bencana.

Segalanya haru secepatnya diatasi, dan waktunya sangatlah sempit!!!
Bumbu cinta pun dialirkan kepada tokoh Daniel yang jatuh cinta kepada Aishah. Konfil antara gaya Barat Daniel dan nilai agama yang dianut kuat Aishah pun bertubrukan. Manis.

Jenis Film : Drama
Produser : Zack Idris
Produksi : Metrowealth
Homepage : http://www.mwig.com
Trailer : http://www.mwig.com
Durasi : 90 menit
Pemain :
Raihan (Nazrey Jojani, Che Amran, Azhari, Abu Bakar), Mustapha Kamal, Man Bai, Yang Kassim, Yasin, Eisya, Norzizi Zulkifli, Datin Umi Kalthum, Mahyon Ismail, Rika Yulianti (indonesia)
Sutradara : Mohd. Aliff Najmi
Penulis : Noraini Ismail

SEORANG WANITA BERMAHARKAN ROTI DAN SUSU

|2 comments

Annas menulis “Syeikh Syah Al-Karmani mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik wajahnya dan baik budi pekertinya.Seperti ayahnya yang zuhud,soleh dan warak.Gadis jelita ini juga menghabiskan waktu hariannya hanya untuk beribadah kepada Allah swt.Mari kita ikuti kisah kehidupan anak gadis ini sebagai renungan bersama.

Pada siang hari dia berpuasa dan pada sebelah malamnya bangun untuk melakukan solat tahajjud dan bermunajat sepenuhnya hanya kepada Allah swt.Sifat-sifat terpuji yang ada pada ayahnya juga menurun pada dirinya. Dia hidup sebagai gadis yang penyabar, penyayang dan qanaah.

Kecantikan anak perempuan Syeikh Syah ini sampai ke pengetahuan Raja Karmani yang memerintah pada waktu itu. Maka diapun menghantar orang-orangnya untuk merisik kesahihan yang diterimanya.

Ternyata memang benar, gadis itu memang sungguh cantik,maka dia pun meminang puteri itu, tetapi syeikh yang alim itu tidak mahu menerima pinangan terhadap anaknya dengan segera.Sebaliknya dia meminta masa selama tiga hari untuk mengambil keputusan sama ada menerima atau sebaliknya.

Sepanjang tempoh tiga hari itu.Syeikh itu pergi dari satu masjid ke satu masjid yang lain untuk meminta petunjuk dari Allah swt.Di salah satu masjid yang dimasukinya,dia melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat dengan tenang dan khusyuk.

Syeikh sangat tertarik pada pemuda itu kerana caranya beribadah sangat baik dan pakaiannya pula sangat sederhana. Sudah tentu pemuda itu termasuk seorang yang beriman dan faham tentang agama.

"Alangkah berbahagianya kalau aku punya menantu seperti pemuda fikir Syeikh."


Apabila pemuda itu selesai solat,Syeikh mendekatinya untuk berkenalan dan bertanyakan sesuatu kepada pemuda itu.Setelah memberikan salam, Syeikh bertanya nama dan lainnya dan bertanyakan masalah jodoh.

" Fikiranku belum sampai ke sana, tapi kalau itu memang ketentuan Allah swt, kita tidak dapat mengelaknya." Sahut pemuda itu.

" Kalau begitu,sukakah kau beristerikan seorang perempuan solehah yang banyak membacaAl-Quran,banyak solatnya,pada siang hari dia senantiasa berpuasa dan pada sebelah malamnya bangun bertahajjud, bermunajat kepada Allah swt.Adapun wajahnya,cantik juga."

" Wahai Tuan Syeikh,siapakah gerangan yang mahu berkahwin denganku yang serba kekurangan ini ?" Itu semua serahkan kepadaku. Asal saja saudara minat."

" Maksud Tuan Syeikh ? "

" Ada seorang ayah yang ingin menikahkan puterinya dengan saudara."

" Siapa dia ? "

" Aku sendiri.Anak perempuanku sudah mencapai usia kahwin dan aku harap agar saudara menerimanya.Si pemuda diam sebentar sambil menundukkan kepalanya, kemudian berkata, ” Tapi aku tidak punya sebarang apa untuk dijadikan mahar."

" Saya tidak ingin memberatkan saudara."

" Maksud Tuan Syeikh ? "

" Saudara hanya perlu menyediakan roti sehingga satu dirham dan susu berharga satu dirham juga. Itu saja."

Dengan bertawakal kepada Allah swt,pergilah pemuda itu mencari barang yang diperlukannya dan apabila sudah mendapatkannya, dia datang semula kepada Syeikh Syah.

Maka dengan tiada membuang masa,Syeikh menikahkan pemuda pilihannya dengan puterinya yang solehah.Syeikh sangat gembira kerana telah mendapat menantu yang sesuai dengan kehendaknya.

Kemudian Syeikh Syah menghantarkan puterinya ke rumah suami anaknya.Dengan menundukkan kepala kerana malu, wanita solehah itu melangkah kakinya memasuki rumah suaminya.

Sebaik sahaja masuk, tiba-tiba wanita itu berhenti melangkah dan melihat pada sesuatu yang kurang berkenan di hatinya sebagai seorang yang tawakal.

Hal ini membuatkan suaminya hairan, tapi dia diam saja.Sebenarnya perempuan zuhud itu melihat ada sekeping roti di rumah suaminya yang menyebabkannya terpegun seketika.

" Benda apa ini ? " tanya perempuan itu kepada suaminya.

" Oh…ini sekeping roti, " jawab si suami.

" Roti ? "

" Ya roti semalam. Sengaja aku tinggalkan untuk persediaan berbuka puasa pada hari ini.”

Tiba-tiba perempuan itu berbalik dan menuju ke arah pintu untuk keluar, sementara suaminya terpinga-pinga.

" Hendak ke mana sayang ? " tanya si suami.

" Aku hendak balik ke rumah bapaku."

" Hendak balik ? "

" Ya."

" Memang aku sudah menyangka bahawa anak seorang Syeikh tidak akan dapat bertahan dengan kefakiranku ini dan tidak mungkin mahu bersuamikan orang seperti aku yang sangat miskin."

" Ketahuilah sayang,bahawa anak seorang Syeikh seperti aku ini akan keluar dari rumah ini bukan kerana kefakiran, kemiskinan dan bukan pula kerana kekuranganmu. Bahkan aku sudah biasa hidup dalam keadaan seperti ini."

" Jadi mengapa engkau hendak pulang ? "

" Anak Syeikh akan keluar dari rumahmu ini disebabkan terlalu tipis keimanan di dadamu pada kekuasaan Allah swt.Walau bagaimanapun, aku tidak menyalahkan engkau, tetapi aku kecewa akan janji ayahku."

" Apa janji ayahmu kepadamu ? "

" Ayah berkata kepadaku bahawa aku akan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang iffah, zuhud dan tawakal,sedangkan engkau berpegang teguh sepenuhnya kepada Allah ? Ini terbukti engkau masih ada menyimpan sekeping roti untuk berbuka puasa."


Mendengar itu si pemuda sangat hairan dan takjub, kerana tidak sangka setinggi itu jangkauan wanita solehah yang baru dinikahinya. Dia yakin bahawa sudah tentu martabat isterinya sangat tinggi di sisi-Nya.

" Kalau hanya sekeping roti itu menyebabkan engkau hendak keluar dari rumahku, aku mohon kemaafan."

" Mohon maaf itu adalah urusanmu.Itu senang saja."

" Jadi apa pula keinginanmu wahai kekasih Allah ? "

" Aku tidak mahu tinggal di dalam rumah yang di dalamnya terdapat makanan. Aku tidak memerlukan itu semua. Keperluanku hanya pada Allah swt semata.Sekarang abang boleh pilih satu daripada dua."

" Apa pula itu ? "

" Keluarkan makanan itu dari rumah ini atau aku tidak masuk rumah ini buat selamanya."

Si pemuda memilih untuk mengosongkan rumahnya dari sebarang makanan, kerana tidak mahu isterinya meninggalkannya. Maka ketika itu juga, sekeping roti itu dikeluarkan dan di sedekahkan kepada fakir miskin yang memerlukan. Sedangkan berbuka puasa pada hari itu hanya bergantung kepada Allah swt.

Kemudian dibawa isterinya masuk ke dalam rumah yang telah bebas dari sebarang makanan. Di sanalah suami isteri solehah itu hidup bahagia dan menghabiskan masa hanya untuk beribadah kepada Allah Radiallahhu anhum.

Begitulah kisah kehidupan orang-orang soleh yang taat kepada Allah swt. Mereka hanya berserah dan memohon hanya kepada Allah.

Sekadar renungan kita bersama….

SEM II 2010/2011

|0 comments
HARI-HARI TERAKHIR UNTUK SEM II 2010/2011

 
     

Sem 2010/2011

|0 comments
HARI-HARI TERAKHIR UNTUK SEM II 2010/2011

peace !!!!

khusyuk dan tawaduk ....


gelisah dengan pelajarnya yg akan amik final exam.... huhuhu
 
hanya tinggal kenangan :'(

ceria-ceria slalu !!!!!!!!


Kenangan kelas Internet Application



Install Vista Dan Windows 7 Menggunakan Pendrive ( Usb Port )

|0 comments
Makluman bahawa tutorial ini adalah atas risiko sendiri. Segala kerosakan pada PC atau Laptop anda bukan tanggungan saya. Silakan bertanya kepada mereka yang lebih mengetahui untuk sebarang masalah.

Barang-barang yang diperlukan (wajib) :-

1. Pendrive 4GB atau lebih
2. Windows Vista atau Windows 7 installation CD.
3. Operating system anda sekarang adalah Windows Vista atau Windows 7 (windows XP tak boleh)

4. Sila download dan install MAGIC ISO (boleh download di sini Di sini selepas itu install Magic Disk untuk memudahkan anda.
5. Mata dan pemahaman yang cukup jelas dan baik untuk mengikuti tutorial ini langkah demi langkah.
6. Keberanian dan minat untuk mencuba.


Saya menggunakan contoh Windows Vista dan operating system saya adalah Windows 7.


Langkah 1 :

1. Buat satu folder kosong dan namakan folder tersebut WV.
2. Masukkan CD Windows Vista atau Windows 7 ke dalam DVD drive anda, kemudian buka Magic Iso dan buat satu iso menggunakan Magic Iso. ( magic iso, kemudian plih tools -> make iso from CD/DVD-ROM )
3. Ikut arahan di dalam Magic Iso dan savekan image file (iso) tersebut dalam WV.
4. Cucuk Pendrive anda ke dalam usb port dan sila pastikan pendrive tersebut tidak mempunyai apa-apa file


Langkah 2 :

1. Buka CMD ( ikon START -> cmd -> dan tekan ctrl+shift+enter )
dan dipaparan cmd anda akan bertulis begini ( C:\windows\system32> )
2. Taip DISKPART
3. Kemudian taip LIST DISK
4. Dan pada LIST DISK saya menunjukkan bahawa pendrive saya pada "DISK 1" dan jikalau "DISK 2" adalah pendrive anda, maka gunakanlah DISK 2.
5. Ikut langkah ini: ( taip dalam CMD )

SELECT DISK 1

CLEAN

CREATE PARTITION PRIMARY

SELECT PARTITION 1

ACTIVE

FORMAT FS=NTFS

(Process memformat mungkin mengambil masa 5-10 minit)

ASSIGN

EXIT

6. Jangan tutup CMD anda lagi, hanya minimize kan sahaja.


Langkah 3 :

1. Buka Magic Disk dan mountkan iso image yang terletak di dalam folder VW ke dalam virtual DVD-ROM
2. Kemudian lihat drive letter virtual DVD-ROM anda dan USB drive anda. Contoh DVD-ROM saya adalah "H" dan USB drive saya adalah "K"

Langkah 4 :

1. Maximizekan CMD tadi dan taip ( H: CD BOOT ) tanpa kurungan dimana "H" itu adalah virtual DVD-ROM anda.
2. Taip CD BOOT dan sepatutnya akan keluar begini ( H:\boot> )
3. Kemudian taip BOOTSECT.EXE /NT60 K: ( ingat "K" disitu adalah drive letter usb anda )
4. Selepas itu anda akan melihat paparan seperti ini :
K : <\\?\Volume{82fac533-db6c-11dd-bfd2-0019d1a19c48}> 
Successfully update NTFS filesystem bootcode.
Bootcode was successfully updated on all targeted volumes.

5. Tutup CMD anda


Langkah 5 :

1. Anda buka kembali CMD anda ( start -> CMD -> ctrl+shift+enter )
2. Taip H: 
3. Taip xcopy H:\*.* /s/e/f K:\ ( ingat "h" adalah driver letter virtual DVD-ROM dan "K" adalah drive letter usb/pendrive anda )
4. Tunggu sehingga copy selesai dan siap!



SELAMAT MENCUBA  !!!  =)

Diari : Rintihan Seorang Perantau

|0 comments


Syukur dan puji hanya untuk Allah SWT atas segala kurniaan-Nya kepada kita hamba-hamba-Nya yang tidak memiliki apa-apa melainkan apa yang telah diberikan-Nya kepada kita.

Selawat dan kesejahteraan ke atas rasul junjungan kita yang mulia, Muhammad bin Abdullah, yang dengan usaha kerasnya, kita diizinkan oleh Allah SWT untuk mengecapi nikmat Islam dan melalui sirahnya kita belajar untuk terus beriman dan berjuang menapaki jejak langkahnya menyebarkan serta berkongsi keindahan keimanan yang kita kecapi bersama hamba-hamba yang lain.

Mungkin ramai yang telah memahami maksudnya. Namun ingin saya abadikan di sini, agar hakikatnya semakin jelas dan usaha yang benar dapat diletakkan sebaiknya.


Lebih kurang setahun diperantauan, barulah saya mengetahui betapa susahnya hidup seorang diri. Adakalanya perit sangat, sehinggakan menitis airmata. Namun apakan daya, selagi nafas masih dihembus selagi itulah saya perlu meniti kehidupan ini.

Dugaan demi dugaan, ujian demi ujian yang saya terima. Adakalanya saya merasakan diri saya ini telah futur dari jalan-Nya. Hati saya rasa gelisah, tapi saya tidak tahu apa yang saya gelisahkan itu. Mungkin ini antara nikmat ALLAH yang telah ditarik balik.

Macam-macam masalah yang saya fikirkan, kadang-kadang sampai demam, pening, dan yang saya risau sekali adalah pelajaran saya terganggu. 

Ada juga saya cuba luahkan pada kawan-kawan, tetapi respon nya amat mendukacitakan, malah saya dikutuk lagi ada la... Namun, apa boleh buat? sabar je la..... 

Saya juga pernah meluahkan perasaan saya pada teman serumah, alhamdulillah..... tindak balas yang diberikan amat meyentuh hati saya... 

katanya "kalau jd mcm ni, ana pegang satu ayat je, iaitu firman Allah, "Allah akan menguji seseorang itu mengikut kemampuannya". itu ayat yang ana pegang. Bagi ana, semua yang anta lalui ini adalah Allah nak uji sama ada iman anta kuat atau lemah. Tetapi anta kena ingat firman tadi tu, Allah uji anta macam ni sebab Dia tahu anta boleh tempuhinya."

Bila saya mendengar kata-kata itu barulah hati saya rasa tenang sedikit.


A165
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-An'aam 6:165














12/3/2011 = 20:14 = Rumah Bujang

Perlu ke Cinta ???

|0 comments

Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)

Cinta Menyintai Atas Keimanan dan Ketaqwaan

Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)

"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).

Cinta Yang Terutama
Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.
Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!
Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.
Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!
Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)
altCinta Allah Cinta Rasululllah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.
Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.
Cinta Terulung
Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.
Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)
Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta. Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.
Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah. Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.
Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.


Semakan Saman Polis dan JPJ

|0 comments
Kekadang ada di antara saman ini yang kita tidak sedari misalnya saman ‘tembak laju’ yang diambil oleh kemera khas apabila kenderaan anda melebihi had laju yang dibenarkan.

Anda pun relaks sahaja kerana tidak menerima surat saman. Semasa memperbaharui Cukai Jalan barulah pegawai yang bertugas memberitahu bahawa anda mempunyai rekod saman yang belum dijelaskan rupanya. Hehee..


Jadi semaklah sekarang dan pastikan tiada sebarang rekod yang tertunggak. :)
1. Semak saman PDRM secara online
2. Semakan saman POLIS melalui SMS
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321X hantar ke 32728
3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS
Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456789000 hantar ke 37773

P/s Jangan lupa menyemak saman anda dari masa ke semasa. Jika anda kurang pasti bagaimana cara menyemak saman PDRM secara online, boleh baca tutorial pendaftaran untuk menyemak saman ini.

iklan nuffnag

nuffnag

Sila Letak Link Anda Di Sini

Followers

HALWA TELINGA